PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA
Asas 5 jari
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda. Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. Cuba cek tapak tangan masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
Selain itu, pernah tak sahabat-sahabat mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.
Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. Cuba sahabat-sahabat tengok pada kuku setiap jari anda. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Tetapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat, Insya Allah...
ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam...(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang).~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA....:-)~
Dikongsi oleh : "khair isma" june_1667@yahoo.com
No comments:
Post a Comment