Apakah erti merdeka dan kemerdekaan kepada anda? Adakah memadai dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan "Merdeka!" sudah bererti kemerdekaan telah tercapai? Atau hanya jasad yang telah merdeka, sedangkan hati dan minda masih dijajahi dengan pemikiran yang telah disogokkan oleh penjajah sebelum ini?
Lihatlah gambar-gambar berikut dan tanyalah kepada diri anda, adakah mereka ini golongan mereka yang telah merdeka sebenar-benarnya?
Ketika ibu bapa datuk nenek dan moyang kita bertumpah darah demi memastikan generasi berikutnya hidup aman damai dan bebas dari pengaruh penjajah, lain pula yang berlaku kepada anak-anak muda generasi sekarang. Mereka bertumpah darah bukan kerana menegakkan kemerdekaan tapi kerana mereka terikut-ikut dengan corak pemikiran penjajah. Anak-anak zaman sekarang rupanya masih belum merdeka lagi minda mereka! Minda mereka telah dijajahi...
Melakukan kerja-kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah, malah kadangkala yang mendatangkan musibah terhadap diri sendiri,.. adakah itu tandanya telah merdeka?
Dengan mengikut cara orang-orang Barat, adakah itu tandanya telah merdeka? Adakah itu budaya asli kita? Tidakkah itu bererti minda kita sebenarnya telah dijajahi oleh Barat?
Anda dapat fikirkan sendiri, dapat menilai sendiri. Baik buruk sesuatu tu dah pasti penilaian masyarakat. Marilah sama-sama fikirkan apa erti merdeka itu sebenarnya......
No comments:
Post a Comment