Sunday, December 12, 2010

Buah-Buah Nadir Di Malaysia

Buah Terajang

Buah ini spesis pokok hutan ianya terdapat di Pahang (Tak tau betul ke tak) dan sekarang nie boleh dikategorikan sebagai hampir pupus. Buahnya terdapat dalam pelbagai warna macam talipinggang taekwando pulak...

Buahnya sepanjang 10-25mm dan berbentuk lonjong masa buah muda warna hijau, tua sikit warna kuning, tua sikit lagi warna merah dan bila masak warna hitam. Rasa buah ini kelat-kelat manis



Buah ini dikenali juga dengan nama buah mertajam, terjam, terajang, nama saintifik Eriglossum rubiginosum.
Dikatakan kegunaannya adalah untuk melicinkan kulit muka, jerawat, jeragat.

Sumbangan : "khair isma" june_1667@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...