Sunday, January 9, 2011

Ini Fakta, Bukan Auta...

Permainan snooker berasal dari negara India.

Perkataan 'Karaoke' berasal dari Jepun yang bermaksud 'Orkestra Kosong'.

Perkataan 'checkmate' berasal dari bahasa parsi 'shah mat' yang bermaksud 'raja dah mati'.

Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.

Presiden ke-20 Amerika, James Garfield boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak dan dalam dua bahasa sekali gus.

Neil Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.

Bendera negara denmark telah dicipta 700 tahun yang lalu,menjadikannya bendera paling lama digunakan di dunia.

Kolonel Harald Sanders mendirikan Kentucky Fried Chicken (KFC) pada usia 66 tahun.

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.

Arnold Schwarzenegger dibayar USD21,500 bagi setiap perkataan yang dituturkannya dalam filem Terminator II.

Email daripada ABDUL JABBAR AHMAD SHAH

No comments:

Post a Comment