Saturday, August 13, 2011

Saat Kebanggaan Malaysia

Saya menyokong penuh artikel yang terdapat di bawah ni. Ini adalah usaha yang wajar dijadikan tauladan kepada semua yang cintakan tanah air kita ini....
http://wedelia-ryo.blogspot.com/2011/08/malaysian-proudest-moment.html




Takut gila tengok keadaan politik kat Malaysia yang tak menentu sekarang ni. Macam-macam isu yang dibangkitkan memandangkan pilihan raya pun dah nak dekat. Buka surat khabar je, ada je benda-benda yang menyakitkan hati sanubari bila dibaca. Yang terhangat dipasaran sekarang ni isu gereja yang dipolitikkan. *sigh* No comment dan malas nak bagi komen.

Sempena hari kemerdekaan yang tak berapa lama lagi, seperti biasa la, kempen jalur gemilang pun sekali lagi 'dikempenkan' walaupun jumlah manusia yang mengibarkan jalur gemilang bleh kira dengan jari. Tapi takpe, dari takde wat pape kempen kan.

Ok serius. Aku ada satu benda yang nak dibuat sempena bulan kemerdekaan ni dan aku memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk mejayakan benda ni. Sebenarnya, takda paksaan pun, kalau rasa cam nak join, dipersilakan, kalau tak nak pun takpe.

Tajuk benda yang aku nak buat ni ialah "Saat kebanggaan Malaysia" atau di-translate-kan jadi "Malaysian proudest moment".

Kenapa aku tetiba datang idea nak buat this so called 'kempen' [kempen ke?] ni?
Sebenarnya aku ada tengok cerita Chakde India! yang si SRK berlakon jadi jurulatih hoki pasukan wanita India pergi World Cup. Bila tengok cerita tu, bila dah sampai nak ending cerita, diorang menang world cup, terasa bangga plak, nak mengalir air mata aku dengan semangat cintakan negara yang diorang ketengahkan.  1 yang aku suka tengok cerita hindustan ni, diorang punya semangat cintakan negara diorang. Walaupun aku bukannya warganegara India, tapi bahang semangat cintakan negara tu, menusuk kalbu..>.<

Aku rasa rakyat Malaysia ni dah lama tak rasa perasaan tu. Dan mungkin ada yang dah lupa macam mana perasaan cintakan negara tu. Negara kita nak menyambut bulan kemerdekaan tak lama lagi tapi bulan kemerdekaan pun tak rasa ada semangat nak menyambut pun. Keadaan politik negara pun tak menentu. Kadang-kadang ada rasa cam rakyat makin berpecah belah. Takut, memang aku takut kalau Peristiwa 13 Mei jadi balik, atau tetiba negara kena jajah balik. Hidup yang aman dan tenteram ni, jadi kacau bilau. Korang suka ke negara kita jadi gitu? Suka hidup dalam ketakutan?

Manusia memang suka mencari cacat cela, lebih nampak keburukan, kelemahan yang ada daripada melihat kebaikan, kelebihan yang ada. Ok fine, aku akui banyak lagi perkara yang Malaysia perlu baiki. Tapi aku bukan nak cari apa kekurangan, kelemahan dan cacat cela yang Malaysia ada kat sini. Tak payah aku senarai pun, tiap2 hari ada je manusia-manusia yang akan menyenaraikan segala cacat cela tersebut kat surat khabar, majalah, internet etc. 

Tujuan aku nak buat kempen ni, untuk kita semua rakyat Malaysia melihat apa yang negara kita telah kecapi, apa kelebihan yang Malaysia ada yang membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia dan seterusnya menjadikan perkara-perkara tersebut sebagai sumber inspirasi untuk kita rakyat Malaysia melakukan yang terbaik supaya negara kita Malaysia, berbangga dengan kita.

So apa yang korang boleh buat, buat satu entry kat blog korang pasal Malaysian proudest moment. Cerita la apa pun yang membuatkan korang rasa bangga dengan Malaysia. Tak kisah banyak mana pun saat-saat yang korang rasa bangga, tak kisah la kalau sama macam orang lain, just write something about our country that makes you really proud to be a Malaysian.

So, tolong, tolong, TOLONGLAH lupakan segala perbezaan yang kita ada, samada fahaman politik, agama atau bangsa. Untuk kali ini, kita semua jadi satu bangsa, Malaysia dan tuliskan sesuatu yang sangat korang banggakan. Aku harap sesiapa yang baca cerita kita, sedikit sebanyak dapat menjadi sumber inspirasi untuk mereka, so that kita suma dapat menyemarakkan semangat cintakan negara antara satu sama lain.

Kalau takde blog nak buat cerita, buat la 1 note atau post kat korang punya status kat facebook, atau beberapa patah perkataan yang menceritakan tentang Malaysian proudest moment korang. Atau kalau malas sangat, susah sangat, just sambil baca cerita Malaysian proudest moment ni, fikir-fikirkanlah apa saat-saat yang membanggakan korang dan ambil iktibar dari cerita ni. Moga-moga bertambah semangat cintakan negara kita. InsyaAllah.

Dan kalau korang ada idea camne nak menaikkan semangat cintakan negara, buat la entry kat blog ke, facebook, tumblr ke atau twitter pun boleh, asalkan dapat memberi manfaat kepada negara. Mungkin benda gini nampak kecik je, tapi kalau rakyat hilang semangat cintakan negaranya, segalanya akan musnah dan kita semua pasti tak mahu melihat kemusnahan negara kita yang tercinta ni.

So, please spread this thing, kalau rajin buat blog, sila-sila la letakkan korang punya link kat ruang komen, so ramai-ramai kita boleh baca cerita kita, anak Malaysia..=)

No comments:

Post a Comment