Monday, April 4, 2011

Rapid Oh Rapid

Saya mendapat email ni dari seorang rakan. Rasanya perlu juga dimuatkan ke dalam blog ni, bagi menyedarkan pengguna betapa nyawa mereka di dalam tangan pemandu-pemandu kenderaan awam. Jadi, pemandu-pemandu haruslah peka dan sedar yang mereka menjalankan beban tugas yang berat; nyawa penumpang-penumpang haruslah diberikan keutamaan. Janganlah anggap kenderaan yang dipandu tu seperti kereta F1....

Gambar jelas menunjukkan bas berada di lorong paling kiri, menghalang kenderaan ke jalan susur keluar
Kepada Pihak Pengurusan
Pengangkutan Rapid KL
Kuala Lumpur


Waktu kejadian : 6.50 petang, Ahad 3 April 2011
Tempat kejadian : Hadapan Institut Penyelidikan Perubatan, Jalan Pahang, Kuala Lumpur
Kenderaan terlibat : Bas perjalanan U-24, nombor daftar : WFF 6104


Peristiwa:
Pada masa kejadian, saya serta ahli keluarga (4 orang dalam sebuah kereta) dalam perjalanan dari Jalan Pahang menuju ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Semasa melalui depan Institut Penyelidikan Perubatan, saya melihat bas berkenaan sedang BERHENTI menurunkan penumpang betul-betul sebelum simpang susur keluar ke Jalan Raja Muda. Saya buat keputusan untuk memintas bas tersebut supaya dapat keluar Jalan Pahang menuju ke Jalan Raja Muda.
Sebaik saja saya mula memintas bas, pemandu berkenaan telah menggerakkan kenderaan (tanpa memberi sebarang isyarat - lampu isyarat tidak berkelip-kelip). Saya pun membunyikan hon beberapa kali (bunyi pendek, 3 atau 4 kali) sambil menyalakan lampu isyarat ke kiri, bermaksud memberi isyarat kepada pemandu bas yang saya hendak memintasnya. Malangnya, pemandu bas tidak menghiraukan isyarat saya tersebut, malah mengeluarkan tangan kanannya dan menunjukkan isyarat lucah yang dilihat oleh semua ahli keluarga saya. Saya terus memberhentikan kereta sebelah bas, dan ketika itu pemandu bas mengeluarkan kepalanya sambil menjerit2 ke arah kami sekeluarga sambil mengeluarkan isyarat lucah itu sekali lagi. pada masa yang sama beliau menghalang kenderaan kami daripada masuk ke jalan susur keluar tersebut.
Memandangkan di belakang tiada kenderaan, saya terpaksa mengundurkan kereta dan dengan perlahan masuk ke jalan susur keluar sambil menghalakan kamera telefon ke arah bas. Pemandu bas yang muda ini kelihatan menjerit-jerit di dalam bas sambil mencabar-cabar saya melakukan demikian. Saya kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan, keluar dan mengejar bas tersebut sambil mengambil beberapa gambar.


Persoalan yang ingin saya tanya pihak pengurusan Rapid KL:
1. Adakah dibenarkan bas berhenti di hadapan Institut Penyelidikan Perubatan, betul-betul sebelum jalan susur keluar ke Jalan Raja Muda?
2. Adakah hentian bas di hadapan Institut Penyelidikan Perubatan, dan jika ada, di manakah kedudukan yang sebenar?
3. Adakah pemandu bas awam (khususnya bas Rapid KL) dibenarkan menghalang kenderaan orang awam sesuka hati?
4. Adakah Pengurusan Rapid KL menggalakkan pemandunya melakukan isyarat-isyarat lucah?
5. Adakah Pengurusan Rapid KL mengadakan kursus bersopan santun kepada pemandu-pemandunya?
6. Bagaimanakah sekiranya pelancong luar melihat kejadian seperti ini, tidakkan memburukkan imej negara?
7. Apakah prioriti Pengurusan Rapid KL terhadap keselamatan penumpang-penumpang yang menaiki bas milik Rapid KL?
8. Apakah prioriti Pengurusan Rapid KL terhadap pengguna jalanraya yang sama-sama menggunakan jalanraya tersebut?
9. Adakah email ini dibiarkan sepi tidak terjawab dan pemandu bas dibiarkan meneruskan sikap biadab dia terhadap pengguna jalan raya yang lain?


Saya berharap agar Pengurusan Rapid KL lebih peka terhadap sikap pemandu-pemandunya dan tidak membiarkan mereka menjadi samseng jalanan...

Email daripada Amri

No comments:

Post a Comment