Tuesday, March 8, 2011

Rahsia Anggota Badan Lelaki Di Mata Wanita

Tahukah anda bahawa sebenarnya berdasarkan minat gadis, mahupun sesiapa pun yang bergelar wanita, di bahagian tertentu tubuh lelaki, sikap seseorang itu boleh diselidik? Betul ker? Nak tahu? Rasanya masih ramai di kalangan anda yang tak tahu kan termasuklah para emak-emak gadis. Anda hanya tahu minat saja tapi tak tahu rahsia disebaliknya. Jadi, bacalah artikel ini sehingga habis untuk mengetahuinya..

RAHSIA BAHAGIAN PERUT LELAKI


Tak dinafikan, ada orang yang suka bahagian perut lelaki tak kira sama ada lelaki itu berperut “RATA” dan KEMPIS” ataupun “BOROI”!! Alah! ” TASTE” manusia ni kan tak sama dan bermacam-macam. Apa nak dihairankan?? Apa sikap seseorang itu yang menggemari tubuh lelaki dibahagian ini?

Menurut seorang pakar terapi seks Dr Ava Cadell, seseorang yang menyukai bahagian tengah tubuh lelaki ini melambangkan seorang yang ingin menguasai si lelaki. Mereka juga seorang yang suka dan inginkan diri mereka menjadi fokus utama si dia. Pendek kata, mereka ingin diri mereka dianggap segala-galanya bagi lelaki itu! Keburukannya, sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak teragak-agak untuk berpaling tadah dan meninggalkan lelaki itu…AwwwwwwW!! Hai jangan lah gitu…tak elok naaaa…kesian si dia.!

RAHSIA BAHAGIAN PEHA

Sama seperti lelaki, perempuan juga memuja lelaki yang bertubuh cantik. Jadi sudah tentu mereka yang berpotongan “V” menjadi pilihan. Mereka yang menggemari bahagian peha lelaki yang pejal melambangkan bahawa mereka itu sukakan kehidupan yang mencabar dan gemar berkongsi aktiviti mencabar dengan si dia. Dalam hal ini kebarangkalian anda juga sukakan kejutan di dalam kehidupan sendiri.

RAHSIA BAHAGIAN DADA

Rata-rata perempuan sukakan dada lelaki yang bidang. Yealah, kekononnya boleh dijadikan tempat sandaran yang selesa (tanya pada hud…hud.. naa!). Ada yang menggemari lelaki dada berbulu dan ada yang sebaliknya (taste masing-masing gaaaakkk). Terpulang kepada diri individu itu sendiri. Apakah sikap seseorang yang menyukai bahagian tubuh ini? Mari kita lihat... Mereka dikatakan seorang yang manja dan mengharapkan lelaki yang mendampingi mereka itu boleh bertindak sebagai pelindung kepada yang boleh membuatkan diri mereka rasa selamat bila berada disisinya. Menurut pakar, perempuan yang mneyukai bahagian ini lebih mementingkan kestabilan hidup berbanding dengan seks bila berkahwin nanti. Sekiranya mereka tertarik pada jejaka yang berbulu dada, bermakna mereka inginkan lelaki yang bersifat “kejantanan” (perghhhhhh) dan sekiranya dada tanpa bulu, mereka lebih sukakkan lelaki bersifat agak keanak-anakan…(fusssss…)

RAHSIA BAHAGIAN TANGAN YANG SASA

Tangan yang kasar dan sasa itu mempunyai tarikan yang tersendiri. Bagi seseorang perempuan yang meminati bahagian tangan lelaki, bermakna mereka itu meminati lelaki yang boleh diharapkan dan mereka suka bergantung kepada lelaki itu di dalam hidup mereka nanti..

RAHSIA BAHAGIAN BIBIR

Bibir lelaki juga mempunyai tarikan tersendiri bagi seseorang perempuan. Menurut pakar, hanya menerusi bibir, personaliti lelaki itu juga boleh diketahui. Misalnya sekiranya bibir dibahagian bawah agak menonjol sedikit, ia memberikan gambaran bahawa lelaki itu seorang yang sensitif dan prihatin terhadap perasaan orang sekelililing meraka. Namun secara amnya, bagi seorang perempuan yang menyukai bibir seseorang lelaki melambangkan bahawa dia mementingkan komunikasi di dalam perhubungan. Tiap apa juga yang berlaku, mereka lebih suka berterus terang. Jejaka yang mampu menarik minat mereka sudah tentunya lelaki yang senantiasa mencuba untuk memahami mereka.

RAHSIA BAHAGIAN BAHU DAN LENGAN

Bahagian bahu dan lengan adalah antara bahagian yang paling diminati oleh golongan sesorang wanita itu apabila melihat susuk tubuh seseorang jejaka. Menurut pakar dari bahan bacaan penulis ni, bahu yang lebar dan tegap adalah sama tarikan dengan saiz payu dara seseorang perempuan. Seperti juga dada, bagi perempuan, bahu memberikan perasaan selamat kepada sesorang perempuan bila tangan tegap dan kukuh itu melingkari tubuh mereka.

RAHSIA BAHAGIAN PUNGGUNG

(Pehhh!!… Jangan tak caya!!) Itulah hakikatnya. Jika mana lelaki sukakan punggung perempuan, apa kurangnya perempuan. Bahagian punggung yang pejal dan cantik menjadi perhatian perempuan. Malah ada yang mendakwa kononnya, sekacak manapun lelaki itu jika tidak punyai punggung yang cantik seolah-olah akan "hilang" sedikit kekacakan mereka (macam itu sekali…isy…isyyy…) Apapun, perempuan yang meminati bahagian penuh 'kontroversi' ini seorang yang senantiasa ceria dan inginkan perhubungan yang penuh dengan keseronokan biarpun perhubungan itu mungkin tidak berpanjangan. Selain itu, mereka juga seorang yang terbuka dan suka suatu yang mencabar…

Email daripada "khair isma"

No comments:

Post a Comment